Menguji setia kawan UMNO-DAP
Iklan
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian PRK DUN Kuala Kubu Baharu, Selangor pada 11 Mei ini.
PERTARUNGAN bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) yang kosong berikutan kematian penyandangnya, mendiang Lee Kee Hiong (PH-DAP) sudah pun bermula.
KKB adalah salah satu daripada tiga kerusi DUN dalam kawasan Parlimen Hulu Selangor. Dua lagi ialah DUN Batang Kali dan Hulu Bernam.