Elak makan kupang, kerangan sementara waktu - Aminuddin

Iklan
Aminuddin (dua kanan) ketika hadir pada majlis pembukaan sebuah pasar raya di sini pada Sabtu.

SEREMBAN - Orang ramai di negeri ini dinasihatkan untuk tidak memakan kupang atau kerangan terutamanya dari perairan Port Dickson buat sementara waktu susulan kejadian keracunan kupang baru-baru ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, ia berikutan Jabatan Perikanan (DOF) masih menjalankan analisis dan pemantauan terhadap air dan kupang di kawasan terlibat.

Iklan
Iklan

"Kita biasa dengar dulu tentang keracunan membabitkan kupang dan kerang, sudah lama tak terjadi dan kali ini berlaku lagi di Port Dickson.

Dalam pada itu katanya, kerajaan negeri akan melihat beberapa aspek sebelum tindakan lanjut diambil berdasarkan laporan daripada jabatan perikanan negeri termasuk jumlah penternak dan sebagainya.

Iklan

Pada 4 April lepas, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Perikanan, Wan Aznan Abdullah dilaporkan berkata, hasil analisis makmal Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur mendapati terdapat alga berbahaya yang menyebabkan kupang di perairan Port Dickson dicemari dan tidak selamat dimakan.

Beliau berkata, sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari biotoksin serta alga spesies Prorocentrum, Alexandrium dan Pseudonitzschia berbahaya.

Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28