Bina kesatuan, transformasi sosial rakyat melalui solat Jumaat - Marhaini

Iklan
Program World 2024 yang berlangsung di Masjid Negara pada Khamis. Foto SINAR HARIAN/ASRIL ASWANDI SHUKOR. (Gambar kecil: Marhaini)

KUALA LUMPUR - Panduan daripada surah al-Jumu'ah merupakan model bagi membina kesatuan dan transformasi sosial rakyat di negara ini melalui khutbah dan solat Jumaat.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusoff berkata, hari Jumaat merupakan tempat berkumpul setiap minggu kepada umat Islam dan menjadi momentum penting bagi penetapan semua minda rakyat seluruh dunia.

Iklan
Iklan

Menurutnya, penerapan untuk membina kesatuan dan transformasi sosial rakyat itu penting dilaksanakan mengambil kira keadaan semasa terutamanya di Malaysia.

"Penambahbaikan diri dan masyarakat harus berlaku pada setiap minggu sehingga mampu meletakkan perubahan yang lebih baik dan menjadi contoh kepada manusia lain.

Iklan

"Kerangka fikir inilah yang dibawa dalam surah al-Jumu'ah melalui firman ALLAH SWT dalam ayat 9-11," katanya katanya kepada pemberita selepas World #QuranHour 2024 yang berlangsung di Masjid Negara di sini pada Khamis.

Tambah Marhaini lagi, bagi menjayakan hasrat itu, pemimpin perlu berganding bahu untuk memberikan pendidikan dan program yang dapat meningkatkan kesatuan dan transformasi sosial.

Iklan

Beliau pada masa sama turut memaklumkan, WUIF menggerakkan kempen 52 kali Jumaat yang terdapat pada tahun ini sebagai hari untuk melakukan perubahan.

Dalam pada itu, Marhaini berkata, program itu dibuat sempena 'kalender' #QuranHour sepanjang tahun ini di bawah Misi Surah Al-Jumu'ah Ummah #GrandReset.

Ujarnya, Ummah #GrandReset membawa tema ' Kesatuan dan Transformasi Sosial' dengan berpandukan surah yang dipilih untuk kempen World #QuranHour edisi kali ini.

"Ummah #GrandReset menyasarkan kepada tiga reset kesatuan dan melalukan transformasi sosial bagi umat Islam dengan sasaran 3U iaitu umara, umarak dan ummah sebagai formula menunu kemenangan akhir zaman," katanya.

Tambahnya, edisi kali ini juga mencetuskan perkembangan positif apabila turut mendapat liputan meluas media cetak dan elektronik di negara ini.

Sementara ditanya mengenai jumlah penyertaan, Marhaini berkata, sebanyak 5,193 hotspot telah didaftarkan oleh pelbagai organisasi bagi penganjuran serentak di Malaysia setakat jam 3 petang pada Rabu manakala lapan lokasi di enam negara berdaftar sebagai hotspot World #QuranHour iaitu Singapura (2), Indonesia (2), Arab Saudi, Brunei, Bangladesh dan Thailand.

"Di lokasi Perdana iaitu Masjid Negara, kita berjaya menarik penyertaan seramai 3,000 orang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!