Australia 'jatuhkan' ribuan kilo makanan untuk haiwan liar

Iklan
Kapal terbang dan helikopter digunakan untuk memberi makanan kepada beribu-ribu haiwan liar yang terselamat dalam kebakaran hutan di Australia.

SYDNEY - Kerajaan negeri New South Wales (NSW) menjatuhkan ribuan kilogram lobak merah dan ubi keledek dari helikopter untuk hidupan liar yang terkandas akibat krisis kebakaran hutan di Australia.

Bantuan yang diberi nama 'Operation Rock Wallaby' itu dimulakan Taman Negara NSW dan Perkhidmatan Hidupan Liar baru-baru ini untuk menangani risiko terhadap populasi marsupial di negara itu.

Iklan
Iklan

Sejak minggu lalu, perkhidmatan taman berkenaan melengkapkan jatuhan makanan di lembah Capertree dan Wolgan, Taman Negara Yengo, Lembah Kangaru dan di sekitar Jenolan, Oxley Wild Rivers serta Taman Negara Curracubundi.

Secara keseluruhannya, mereka telah menjatuhkan lebih 2,200kg sayuran segar untuk haiwan yang masih hidup.

Iklan

Menteri Alam Sekitar NSW, Matt Kean berkata, haiwan yang berjaya melarikan diri daripada kebakaran tidak mempunyai sumber makanan.

Taman Negara NSW mula menjatuhkan makanan sejak minggu lalu. - Foto Agensi

"Biasanya haiwan yang selamat mengharungi kebakaran sendiri, namun ia terkandas dengan sumber makanan semula jadi yang terhad kerana semuanya musnah dijilat api.

Iklan

"Walabi ini yang sememangnya berada dalam tekanan akibat kemarau berterusan," katanya.

Menurut Kean, pihaknya akan terus mengawasi spesies asli itu dan memantau perkembangannya sebagai sebahagian daripada proses pemulihan pasca kebakaran.

"Jika keadaan mengizinkan, kami akan memasang kamera untuk memantau pengambilan makanan dan bilangan serta kepelbagaian haiwan yang berada di sana," katanya.

Tabung Hidupan Liar (WWF) menganggarkan kira-kira 1.25 bilion haiwan mati sama ada secara langsung atau tidak langsung akibat kebakaran hutan di seluruh Australia. - Agensi