Bantuan Aidilfitri RM500 kepada penjawat awam Kelantan

Iklan
Kerajaan Kelantan umum Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam membabitkan gred 56 ke bawah. Foto 123RF

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Kerajaan Kelantan mengumumkan Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam membabitkan gred 56 ke bawah yang akan diagihkan sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Pengumuman itu dibuat Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kelantan pada Rabu.

Iklan
Iklan

Beliau memberitahu, nilai keseluruhan wang bantuan itu ialah RM5.3 juta.

Jelasnya, bayaran penghargaan itu juga diberi kepada pegawai lantikan politik termasuk ahli majlis penghulu, guru pondok, guru jahitan dan penyelaras pembangunan armalah sebanyak RM250.

Iklan

Dalam perkembangan lain, Nasuruddin turut memaklumkan kerajaan negeri mengadakan sambutan rumah terbuka dan sesi dialog bersama perantau di Kompleks Balai Islam pada 2 Syawal.

"Mereka boleh bertanya mengenai perkembangan terkini Kelantan kepada semua pemimpin kerajaan negeri yang hadir pada majlis itu," katanya.

Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28