Menyekat Medsos
Iklan
Media sosial telah membunuh secara drastik sifat-sifat semula jadi kita yang sopan, tertib, berhemah, pemalu, takutkan dosa dan seumpamanya. Foto 123RF
SEPATUTNYA minggu ini saya menulis tentang budaya balik kampung bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri, yang di sebaliknya terdapat pelbagai kisah; memburu tiket bas, bermuncung panjang sebab tidak dapat cuti, pergeseran suami isteri kerana masing-masing hendak balik beraya di kampungnya dahulu, mereka yang tidak sabar-sabar melaram dengan kereta baharu yang 'kereta saya punya, nama bank punya’, persiapan emak bapa di kampung menanti kepulangan anak cucu, dan banyak lagi.
Tetapi antara semua saya sebetulnya lebih tertarik pada berita yang mungkin tidak begitu dipedulikan orang.