Pembangkang gesa henti serangan ke atas kedai serbaneka
Iklan
Laporan muka depan Sinar Harian pada Rabu. (Gambar kecil: Tuan Ibrahim, Wan Ahmad Fayhsal)
SHAH ALAM - Pemimpin pembangkang menyeru serangan ke atas rangkaian KK Super Mart segera dihentikan dan semua pihak tidak bertindak melampaui batas perundangan.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, rakyat di negara ini harus bertanggungjawab dalam mengekalkan keamanan dan memohon agar pihak polis melakukan siasatan terperinci terhadap kejadian berkenaan.
"Dalam keadaan serangan ini, pelbagai andaian boleh dibuat tentang puncanya, sama ada disebabkan kemarahan, menarik simpati dan tidak mustahil ada pihak yang mengambil kesempatan.