Nurullaev teruja sambutan hangat penyokong Sang Kenari

Iklan
Nurullaev (dua dari kanan) pada aksi perlawanan pramusim 2024-2025 menentang skuad Penang FC Bawah 23 tahun di Stadium Sultan Abdul Halim pada Jumaat lalu. Foto KDA FC

KEHADIRAN hampir 2,000 penyokong Kedah Darul Aman (KDA) FC yang hadir menyaksikan perlawanan persahabatan menentang Penang FC Bawah 23 Tahun pada Jumaat lalu membakar semangat pemain import baharunya, Sukhrob Nurullaev.

Biarpun berstatus perlawanan latihan pramusim, ia memberikan rasa teruja kepada pemain berusia 26 tahun itu dan tidak bersabar untuk beraksi pada saingan sebenar Liga Malaysia 2024-2025 di Stadium Darul Aman.

Iklan
Iklan

Menurut pemain dari Uzbekistan itu, perasaan sama turut dirasai oleh semua pemain Sang Kenari yang giat menjalani latihan bagi membentuk persefahaman baik seperti yang diharapkan oleh Ketua Jurulatih, Nafuzi Zain.

"Biarpun berstatus perlawanan persahabatan sahaja pada pramusim, nmaun saya rasa cukup teruja apabila melihat sambutan hangat yang ditunjukkan oleh penyokong yang hadir.

Iklan

"Saya tahu ini hanya gambaran awal sambutan penyokong ke stadium, namun saya sudah merasakan kehangatan yang ditunjukkan penyokong terhadap skuad baharu Kedah musim ini terutamanya di Stadium Darul Aman,” katanya.

Nurullaev yang membantu KDA FC menewaskan Penang FC Bawah 23 tahun 4-0 berkata, jika sokongan sama ditunjukkan oleh penyokong sebaik saingan Liga Malaysia membuka tirai musim ini, pastinya mampu memberikan suntikan motivasi kepada pemain untuk memberikan aksi terbaik.

Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28