Kontroversi 'duit raya' penjawat awam
Iklan
Tindakan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh (kanan) memberi duit raya kepada anggota polis cetus perdebatan hangat. Gambar kecil dari kiri: Fathi Yusof, Haniff Khatri, Jais Abdul Karim
BERDASARKAN pekeliling termaktub di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), telah digariskan bahawa semua penjawat awam dilarang menerima sebarang bentuk sumbangan sama ada berbentuk duit raya, angpau atau cenderahati daripada mana-mana pihak berkepentingan yang mempunyai kaitan dengan tugasan rasmi mereka.
Perkara itu jelas dirujuk dalam Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Tatakelakuan dan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam Versi 1.0 (2022) Ceraian UP.7.2.5 Tatacara Pemberian dan Penerimaan Hadiah Dalam Perkhidmatan Awam.