Persiapan raya tetap meriah
Iklan
Orang ramai dilihat mengambil kesempatan membawa ahli keluarga mereka pada cuti hujung minggu untuk membeli-belah sebagai persiapan Aidilftitri ketika tinjauan di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR). Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Berbaki lapan hari menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, orang ramai mula membanjiri pusat beli-belah dan dan lokasi tumpuan untuk membuat persiapan akhir.
Di ibu kota misalnya, banyak karnival dan bazar raya yang menerima sambutan luar biasa, antaranya di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Peniaga kuih raya premium, Nur Khairunnisaa Mahdir, 23.