LHDN sekat perjalanan 182,666 pembayar cukai ke luar negara
Iklan
Hui Ying ketika Sidang Dewan Negara di Bangunan Parlimen pada Isnin. Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah melaksanakan sekatan perjalanan ke atas 182,666 individu yang mempunyai tunggakan cukai setakat 29 Februari lepas.
Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, daripada keseluruhan jumlah itu, 171,571 kes melibatkan individu yang mempunyai tunggakan cukai pendapatan, manakala 11,095 kes membabitkan individu yang mempunyai tunggakan Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT).
Iklan
Iklan
Beliau berkata, secara umumnya sebelum sebarang tindakan sekatan perjalanan dikuatkuasakan, pihak LHDN akan melakukan tindakan awal terhadap pembayar cukai dengan menghantar beberapa surat peringatan mengenai tuntutan bayaran tunggakan cukai dan menghantar emel pemakluman tunggakan cukai serta menghubungi pembayar cukai terbabit.
"Kegagalan menyelesaikan bayaran tunggakan cukai mengikut tempoh ditetapkan akan mengakibatkan pembayar cukai berdepan dengan tindakan sekatan perjalanan ke luar negara," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara, pada Isnin.
Iklan
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datin Ros Suryati Alang yang bertanya mengenai statistik bilangan kes sekatan perjalanan dilaksanakan oleh LHDN kepada individu yang tidak menjelaskan pembayaran cukai.
Hui Ying berkata, sekiranya pembayar cukai disekat semasa di lapangan terbang, pegawai imigresen akan merujuk pembayar cukai kepada pegawai perhubungan awam LHDN untuk mengambil tindakan selanjutnya bagi tujuan pelepasan ke luar negara.
Iklan
"Berdasarkan hasil rundingan antara pembayar cukai dan pegawai perhubungan awam LHDN, pelepasan akan diberikan dengan segera selepas kaedah penyelesaian tunggakan cukai dipersetujui, sama ada pembayaran sebahagian atau sepenuhnya," katanya. - Bernama
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Terima kasih penyumbang, Sinar Harian dan IJN'"><meta itemprop="description" content="Tiada ibu bapa yang sanggup melihat si cilik menahan kesakitan, namun itulah realiti terpaksa dihadapi keluarga ini apabila anaknya disahkan menghidap 'Tetralogy Fallot' (TOF), l,apor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.
TOF ialah sejenis kecacatan jantung kongenital (bawaan sejak lahir) dengan empat keabnormalan utama iaitu jantung berlubang, penyempitan salur darah atau injap, penebalan struktur dinding jantung kanan dan 'overriding aorta'.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797609/berita/nasional/terima-kasih-penyumbang-sinar-harian-dan-ijn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-24T01:37:14.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P178S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbcc1jy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbcc1jy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbcc1jy"></script>