KPM cadang perluas sekolah K9, K11 tahun ini

Iklan
Kah Woh ketika Sidang Dewan Negara di Bangunan Parlimen pada Isnin. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang meningkatkan bilangan Sekolah Model Khas Komprehensif 9 (K9) dan Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11) pada tahun ini bagi mengatasi masalah keciciran persekolahan dalam kalangan pelajar di pedalaman.

Timbalan Menterinya, Wong Kah Woh berkata, cadangan itu melibatkan empat sekolah K9 iaitu tiga di Terengganu membabitkan Sekolah Kebangsaan (SK) Keruak di Besut, SK Merang di Setiu dan SK Pulau Redang di Kuala Nerus manakala satu di Sarawak iaitu SK Nanga Merit di Limbang.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, bagi sekolah K11 melibatkan dua sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Betau, di Lipis, Pahang dan SMK Long Bedian di Baram, Sarawak.

"Sekolah Model Khas Komprehensif K9 ini merujuk kepada sembilan tahun (persekolahan), murid-murid akan duduk dalam sekolah di bawah satu bumbung dari Darjah Satu hingga Tingkatan Tiga.

Iklan

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Senator Musoddak Ahmad berhubung sejauh mana Garis Panduan Mengurus Murid Berisiko Cicir di Sekolah (GPMBC) dapat mengatasi keciciran murid khususnya di sekolah-sekolah di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Sementara itu, Kah Woh memaklumkan berdasarkan statistik KPM, kadar keciciran di peringkat sekolah rendah pada tahun lepas hanya 0.06 peratus, menurun berbanding 0.29 peratus pada 2017.

Iklan

Bagi peringkat menengah, katanya kadar keciciran menurun daripada 1.36 peratus pada 2017 kepada 0.83 peratus pada tahun lepas. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28