Duit jual laksa 'lebur', mak buat beli seluar kesihatan RM800

Iklan
Tangkap layar hantaran menerusi X yang tular baru-baru ini.

SHAH ALAM - Seorang anak kecewa apabila mendakwa ibunya menjadi mangsa penipuan apabila membeli seluar 'kesihatan' yang berharga RM800 daripada rakannya.

Selain mudah terpedaya dengan ajakan rakan, warga emas juga sering kali menjadi sasaran sindiket penipuan penjualan yang menggunakan teknik pemasaran pelbagai aras (MLM) mahupun pelaburan atas angin.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ibunya membeli seluar berkenaan menerusi pemasaran pelbagai aras (MLM) selepas dimaklumkan mengenai manfaatnya.

Perkara itu dikongsikan, Musytaq Ashari menerusi hantaran di X sehingga ia tular baru-baru ini.

Iklan

"Setahu saya, ini MLM dan maklumkan yang ia tak munasabah. Saya macam bingung kejap apabila diberitahu seluar untuk kesihatan. Benang seluar ini diperbuat daripada panadol ke?

"Hasil duit mak ini meniaga laksa tepi jalan, bukan senang nak dapat RM800 dan bagi saya teramat mahal untuk sehelai seluar yang saya tengok macam seluar 'tight' sahaja," katanya.

Iklan

Mengulas lanjut, Musytaq berkata, walaupun sudah dimaklumkan bahawa ia adalah sistem MLM, namun ibunya tetap bertegas tentang manfaat produk berkenaan.

"Ibu cuma balas, kita boleh cari duit poket dengan ini.

"Orang-orang tua mereka boleh la mahu tipu," ujarnya.

Sehingga kini, hantaran tersebut mencecah 479,000 tontonan dan mendapat 2,653 tanda suka.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28