8 maut, 20 cedera dalam letupan bom di Syria

Iklan
Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dan lebih 20 cedera dalam letupan bom di bandar Azaz, utara Syria. Gambar hiasan 123rf

LONDON - Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dan lebih 20 cedera dalam letupan bom di bandar Azaz, utara Syria, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pemantau Hak Asasi Syria, badan pemantau perang yang berpangkalan di Britain berkata kejadian berlaku di sebuah pasar yang sibuk di wilayah Aleppo pada Sabtu malam.

Iklan
Iklan

Menurut badan pemantau perang itu, letupan berkenaan menyebabkan kerosakan harta benda dan mencetuskan kebakaran.

Bandar Azaz di utara Aleppo dikuasai oleh Turkiye.

Iklan

Perang saudara di Syria sejak tahun 2011 mengakibatkan negara itu berpecah.

Presiden Bashar al-Assad menguasai dua pertiga negara itu manakala bahagian barat laut dikuasai pemberontak. - Bernama-dpa

Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28