SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melantik Setiausaha Politiknya, Mohd Syahir Sulaiman sebagai Penolong Setiausaha Agung Pas berkuat kuasa pada Sabtu lalu.
Menurut kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan, pelantikan itu dipersetujui sebulat suara dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat pada 11 Januari lalu di Kemaman, Terengganu.