Sokong Dr Mahathir pangku jawatan Menteri Pendidikan

Iklan
Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR - Tugas Menteri Pendidikan dipangku Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terus mendapat sokongan pelbagai pihak.

Terbaru Jawatankuasa Naib Canselor/Rektor (JKNC/R) Universiti Awam Malaysia hari ini menyatakan sokongan terhadap Dr Mahathir memangku jawatan itu.

Iklan
Iklan

"JKNC/R akan sentiasa memberi sokongan dan kerjasama kepada Dr Mahathir dalam melaksanakan inisiatif bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara seiring dengan Revolusi Industri 4.0, inovasi digital serta objek rangkaian internet (IOT) berpaksikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara.

"JKNC/R juga komited memperkasa pendidikan tinggi negara yang berkualiti, inklusif, dan kondusif ke arah pendidikan tinggi bertaraf global," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Iklan

JKNC/R juga merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr Mahathir yang memangku jawatan itu berkuat kuasa 3 Jan lepas.

"Semoga dengan pelantikan ini, Yang Amat Berhormat Tun (Dr Mahathir) dapat terus memacu dan memperkasa kecemerlangan pendidikan negara," katanya.

Iklan

Pada 2 Januari, Dr Maszlee Malik mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Pendidikan setelah 20 bulan memegang jawatan berkenaan. - Bernama