Sidang media khas Ketua Polis Negara petang ini
Iklan
KUALA LUMPUR - Satu sidang media khas oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dijangka dibuat jam 3 petang ini berhubung penangkapan 17 individu yang dikaitkan dengan dadah di sebuah premis di Puchong semalam.
Perkara itu disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd ketika dihubungi sebentar tadi.