Perihal kemaslahatan umum
Iklan
Dalam konteks masyarakat majmuk, kerangka kemaslahatan umum memainkan peranan penting dalam pembentukan dasar dan undang-undang. Gambar hiasan Bernama
KETIKA kempen boikot semakin membina momentum tersendiri bermula dengan solidariti terhadap Palestin dan terkini melalui isu stoking kedai serbaneka, wujud pandangan agar ia dilihat dari aspek kemaslahatan (baca: kepentingan) umum.
Ia berikutan kempen boikot menimbulkan ketakutan akan merebak sehingga tahap keganasan seperti insiden kedai serbaneka dilempar bom petrol yang membawa kepada kebimbangan umum di sebalik reaksi pelbagai.