Tak padu lagi PADU
Iklan
Sistem PADU dibangunkan supaya menjadi sumber rujukan utama kerajaan dalam merancang sosioekonomi dan menyusun dasar-dasar negara secara lebih terperinci. Gambar fail Bernama
AWANG tertarik sungguh dengan kenyataan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Tuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah yang mengibaratkan pendaftaran ke dalam Pangkalan Data Utama (PADU) itu ‘menelanjangkan diri’. Sebagai reaksinya, Menteri Ekonomi kata pandangan itu adalah pandangan peribadi.
Maaflah Rafizi Ramli, Awang fikir banyak orang sependapat dengan Abdul Karim. PADU babitkan soal data dan maklumat peribadi.