Wanita maut, empat cedera kereta bertembung lori ikan
Iklan
Anggota bomba mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit dan membersihkan tumpahan minyak di Jalan Sungai Limau Dalam, Yan pada pagi Jumaat. Foto JBPM
YAN - Seorang wanita maut manakala empat lagi cedera selepas sebuah kereta jenis Perodua Myvi bertembung dengan lori membawa muatan ikan di Jalan Sungai Limau Dalam, di sini pada pagi Jumaat.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan, Penolong Penguasa Bomba Noorhamidi Ali berkata, panggilan kecemasan berhubung kemalangan tersebut diterima pihaknya pada jam 11.02 pagi.
Iklan
Iklan
"Sepasukan anggota dari BBP Yan diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Jefri Zakaria telah ke lokasi bersama enam anggota selepas menerima maklumat tersebut.
"Setibanya di lokasi didapati terdapat tiga mangsa di dalam kereta Myvi manakala dua lagi adalah pemandu dan kelindan lori,” katanya pada Jumaat.
Iklan
Noorhamidi berkata, mangsa yang maut adalah penumpang yang duduk di bahagian belakang kereta Myvi berkenaan dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebaik tiba di lokasi kemalangan.
Menurutnya, dua lagi pemandu dan penumpang kereta itu pula masing-masing cedera parah manakala pemandu lori dan kelindan muatan ikan itu mengalami kecederaan ringan.
Iklan
"Tindakan yang dilakukan anggota dengan mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit dan membersihkan tumpahan minyak di atas jalan.
"Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Yan dengan menaiki ambulans KKM.
"Mayat mangsa pula dihantar diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," ujar beliau lagi.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dua pengasuh mengaku tidak bersalah aniaya kanak-kanak di taska"><meta itemprop="description" content="Dua pengasuh mengaku tidak bersalah aniaya kanak-kanak di taska
Dua pengasuh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan pada Jumaat atas pertuduhan menganiaya kanak-kanak di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Taman Cenderawasih Indah pada Mei dan Ogos lalu.
Tertuduh, Norlida Abdul Razak, 39, dan Zairifah Zainal Abidin, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Hamri Thamri Mohamad @ Shaharudin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795835/berita/semasa/dua-pengasuh-mengaku-tidak-bersalah-aniaya-kanak-kanak-di-taska
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Pengasuh #dera"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-11T05:34:05.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/eK5O61gevCpZyW6Lx/x1080"><meta itemprop="duration" content="P84S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb6olqe"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb6olqe"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb6olqe"></script>