Dua lelaki tak mengaku rompak, menyamar polis

Iklan
Kedua-dua tertuduh diiring polis ketika hadir ke mahkamah.

SEREMBAN - Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan rompak berkumpulan terhadap seorang lelaki, minggu lalu.

Tertuduh, Halip Khalil, 53, dan Hamymurizal Mohamad, 49, yang kerja kampung bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh bersama seorang lagi yang masih bebas telah melakukan rompakan berkumpulan dengan merompak sebuah komputer peribadi (Dell), iPad, dan dua telefon bimbit milik seorang lelaki berusia 30 tahun.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira jam 4.30 petang di kawasan Taman PD Utama, Port Dickson, 22 Mac lalu.

Iklan

Timbalan Pendakwa Raya, M Kalaivaanan menawarkan jaminan RM10,000 bagi setiap tertuduh.

Peguam, Wirdayati Shafudi dan Mendeep Singh masing-masing mewakili Halip dan Hamymurizal memohon jaminan rendah memandangkan Aidilfitri bakal tiba tidak lama lagi.

Iklan

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM7,500 bagi setiap tertuduh dengan syarat tambahan perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan tidak mengganggu pengadu.

Sebutan semula kes pada 6 Mei depan.

Sementara itu, tertuduh turut dihadapkan ke Mahkamah Majistret Port Dickson atas pertuduhan berpura-pura memegang jawatan sebagai penjawat awam dengan mengaku sebagai pegawai polis kepada mangsa sama pada tarikh dan di lokasi sama.

Berikutan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Bagaimanapun tertuduh tidak mengaku bersalah dan mahkamah membenarkan jaminan RM2,500 bagi setiap tertuduh.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28