Majikan perlu tawar gaji setimpal
Iklan
Terdapat 49,500 kekosongan jawatan berkemahiran tinggi bagi sektor pembuatan pada suku kedua 2023 berikutan penawaran gaji yang rendah.
PUTRAJAYA - Kekosongan 49,500 jawatan berkemahiran tinggi bagi sektor pembuatan berikutan penawaran gaji yang rendah adalah sangat membimbangkan.
Naib Canselor Universiti Antarabangsa UNITAR, Tan Sri Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata, kekosongan itu sepatutnya diisi oleh graduan institusi pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) serta universiti tempatan.