Kadar mas kahwin di Pahang naik kepada RM100

Iklan
Al-Sultan Abdullah menyempurnakan Majlis Perasmian Masjid Alor Akar sempena Majlis Sambutan Nuzul Quran, Bacaan Yassin dan Tahlil Al-Marhum Sultan Ahmad Shah Al-Mustain Billah di Kuantan pada Khamis. Foto FB Wan Rosdy Wan Ismail

KUANTAN - Kadar baharu mas kahwin di Pahang ditetapkan kepada RM100 berbanding RM22.50 yang diamalkan sejak hampir 124 tahun lalu.

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, penetapan kadar mas kahwin itu berdasarkan Seksyen 21 (1) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2005.

Iklan
Iklan

Menurut baginda, kadar mas kahwin sedia ada sudah diamalkan bermula sejak tahun 1900 lagi.

"Sudah tentu terdapat perbezaan nilai dan faedahnya yang ketara berbanding masa sekarang.

Iklan

Al-Sultan Abdullah bertitah demikian pada Majlis Sambutan Nuzul Quran, Bacaan Yassin dan Tahlil Al-Marhum Sultan Ahmad Shah Al-Mustain Billah serta Perasmian Masjid Alor Akar di sini pada Khamis.

Turut berangkat, Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Iklan

Hadir sama, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Al-Sultan Abdullah bertitah, kadar baharu itu lebih munasabah dan sesuai dengan kadar ekonomi semasa.

"Bagaimanapun penentuan kadar maksimum mas kahwin tertakluk kepada kemampuan dan persetujuan kedua-dua belah pihak suami dan isteri. Insya-ALLAH, kerajaan pun dah lulus,” titah baginda.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28