Peserta bengkel, pengamal media cemas bilik persidangan terbakar
Iklan
KUCHING - Kebakaran kecil yang berlaku di bilik persidangan sebuah hotel di sini menyebabkan peserta serta pengamal media yang menghadiri Majlis Penutupan Bengkel Pemantapan Pelan Tindakan Membanteras Rabies cemas seketika.
Kejadian itu berlaku ketika majlis yang dihadiri Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas itu sudah pun berlangsung selama kira-kira 10 minit apabila hadirin dikejutkan dengan percikan api pada bahagian siling bilik itu.