KUALA LUMPUR - Dewan Negara pada Rabu diberitahu terdapat 227,000 pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mempunyai simpanan asas sekurang-kurangnya RM240,000 dalam Akaun 1 menjelang usia 55 tahun, setakat Februari lepas.
Menteri Kewangan II Senator, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, bilangan itu yang berumur antara 50 hingga 54 tahun mewakili 41 peratus daripada jumlah keseluruhan pencarum KWSP iaitu seramai 551,000 pencarum.