Perak sudah muktamad tarif air, umum selepas Aidilfitri

Iklan
Saarani

IPOH - Kerajaan negeri Perak akan mengumumkan kadar baharu tarif air di negeri ini selepas Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kadar baharu tarif air itu telah dipersetujui di dalam mesyuarat exco yang berlangsung hari ini.

Iklan
Iklan

Beliau turut memberi jaminan bahawa kadar baharu itu tidak akan membebankan rakyat di negeri ini.

"Kita akan umumkan (kadar baharu tarif air) selepas Aidilfitri. Kadar dah ada, kita akan umumkan selepas Aidilfitri kerana kita nak bagi orang beraya dengan seronoknya.

Iklan

"Ia (kadar baharu itu) tak adalah beban sangat cuma nak bagi orang jangan runsing. Tak ada beban (kepada rakyat)," katanya kepada pemberita ketika merasmikan Program Riang Ria Raya Promosi dan Jualan Produk Industri Asas Tani di padang Bangunan Seri Perak Darul Ridzuan di sini pada Selasa.

Saarani (tengah) menyampaikan bantuan Program Pembangunan Industri Asas Tani selepas menyempurnakan perasmian Program Riang Ria Raya Promosi dan Jualan Produk Industri Asas Tani di padang Bangunan Seri Perak Darul Ridzuan di sini pada Selasa.

Minggu lalu, Saarani memaklumkan kerajaan negeri Perak masih belum memuktamadkan kadar baharu tarif air untuk kegunaan domestik di negeri itu kerana belum dibincangkan di dalam mesyuarat exco.

Iklan

Pada 1 Februari lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan itu memaklumkan kadar baharu tarif air di Perak dijangka diketahui awal Mac.

Mesyuarat Lembaga Air Perak akan membincangkan mengenainya sebelum dibawa ke mesyuarat Exco untuk dimuktamadkan.

Antara negeri yang sudah mengumumkan kenaikan ialah Selangor, Johor, Terengganu, Kelantan dan Melaka.

Sinar Harian pada 17 Januari lalu melaporkan pelarasan tarif air akan dilaksanakan di bawah Mekanisme Penetapan Tarif (TSM) bagi pengguna kategori domestik di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan berkuat kuasa mulai 1 Februari ini.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dalam satu kenyataan memaklumkan, pelarasan itu melibatkan kenaikan purata sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu.