Pegawai kanan ditahan: Polis serah siasatan kepada SPRM

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Ahad. Gambar kecil: Allaudeen

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan berhubung penahanan seorang pegawai kanan dipercayai terbabit melindungi aktiviti haram di sekitar ibu negara.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid mengesahkan penahanan seorang pegawai kanan yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada Sabtu.

Iklan
Iklan

"Kita serah kepada SPRM jalankan siasatan mereka terlebih dahulu, selepas itu, baharu kita akan lihat tindakan dari pihak kita,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Allaudeen berkata, pihaknya sama sekali tidak akan berkompromi terhadap salah laku melibatkan mana-mana pegawai dalam soal pelanggaran integriti.

Iklan

Pada Ahad, Sinar Harian melaporkan, seorang pegawai kanan bertugas di IPK Kuala Lumpur ditahan SPRM semalam selepas dipercayai terbabit melindungi aktiviti haram di sekitar ibu negara.

Menurut sumber, penahanan pegawai kanan di Putrajaya itu turut menemukan sejumlah wang bernilai lebih RM1 juta hasil serbuan beberapa premis disyaki miliknya.

Iklan

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan pegawai kanan terbabit.

Beliau berkata, permohonan reman akan diperoleh SPRM pagi ini bagi proses siasatan lanjut.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28