Penyelamat atau perosak perpaduan?
Iklan
Jika diimbas, ia bukan kali pertama Dr Akmal tampil berbeza dengan kepimpinan utama UMNO dalam isu-isu sensitif.
MINGGU ini diwarnai dengan ketegasan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh dalam isu penjualan stoking bercetak kalimah ALLAH di sebuah rangkaian kedai serbaneka KK Mart.
Isu itu didedahkan oleh pendakwah, Firdaus Wong Wai Hung dan mahukan pihak berkuasa mengambil tindakan segera, namun Akmal kemudiannya menjadi suara utama memimpin pendapat awam.