Hubungan baik Malaysia -Jerman bawa mesej kemakmuran politik dan ekonomi
Iklan
Anwar bersama Scholz ketika sidang akhbar bersama pada Majlis Sambutan Rasmi bersempena dengan lawatan rasmi enam hari beliau di Federal Chancellery, Jerman baru-baru ini.
RAMAI tidak menyedari lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jerman pada 10 hingga 15 Mac lalu telah diperkatakan di seluruh dunia.
Tumpuan dunia diberikan kepada ucapan Anwar yang mempertahankan Palestin dan mengkritik hipokrasi Barat mengenai peperangan yang berlaku di Gaza terutamanya pembunuhan kaum beramai-ramai warga Palestin oleh tentera rejim Israel.