KKDW peruntuk RM3.64 juta projek pembangunan di Labuan
Iklan
LABUAN - Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah meluluskan peruntukan berjumlah RM3.64 juta untuk pelbagai projek pembangunan infrastruktur, program rakyat, kemudahan awam dan perumahan di pulau bebas cukai ini pada 2024.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM1 juta diperuntuk bagi 20 projek jalan perhubungan desa (PJD) manakala RM500,000 untuk 10 projek di bawah program ameniti sosial.