Pasaran getah ditutup rendah
Iklan
Gambar hiasan
PASARAN getah Malaysia mengakhiri minggu dagangan dengan ditutup rendah hari ini, menjejaki aliran menurun di pasaran niaga hadapan getah serantau dan penurunan harga minyak mentah, kata seorang peniaga.
Beliau berkata, kebimbangan baharu mengenai pertumbuhan ekonomi China yang perlahan disebabkan oleh data ekonomi yang lemah dan langkah-langkah rangsangan yang mengecewakan terus mempengaruhi sentimen pasaran.
Iklan
Iklan
"Niaga hadapan getah Jepun merosot pada Jumaat dan berada dalam keadaan untuk mencatat kejatuhan mingguan disebabkan pembetulan harga getah dan kejatuhan minyak mentah mendorong kontrak niaga hadapan yang lebih rendah,” kata peniaga itu kepada Bernama.
Beliau berkata, kejatuhan selanjutnya dihadkan oleh ringgit yang lebih lemah berbanding dolar AS memandangkan sentimen dirangsang oleh tanda-tanda ekonomi Amerika Syarikat yang berdaya tahan.
Iklan
Pada 5 petang, penanda aras harga minyak mentah Brent turun 0.33 peratus kepada US$85.50 setong.
Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) turun 10 sen kepada 783.5 sen sekilogram, manakala susu getah pukal susut 3.0 sen kepada 760.5 sen sekilogram.
Iklan
Pada 5 petang, harga rujukan LGM untuk getah fizikal GMM 20 berada pada 776 sen sekilogram, manakala susu getah pukal pada 762.5 sen sekilogram. - Bernama
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>