Dua cedera, belon udara panas terhempas berhampiran lebuh raya

Iklan
Sebuah belon udara panas terhempas berhampiran sebuah lebuh raya di Rochester, Minnesota pada Rabu. - Foto Reuters

MINNESOTA - Sebuah belon udara panas terhempas berhampiran sebuah lebuh raya di Rochester, Minnesota pada Rabu.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan memaklumkan, tiga penumpang berada di dalam belon ketika terhempas yang mana dua daripada mereka mengalami kecederaan ringan.

Iklan
Iklan

Dalam pada itu, menurut maklumat awal yang dikeluarkan Jabatan Polis Rochester, belon udara panas itu cuba untuk mendarat di sebuah padang apabila angin kuat menolaknya ke arah talian kuasa elektrik.

Ini menyebabkan bakulnya terpisah daripada belon sekali gus menyebabkan jatuh pada ketinggian 9 meter ke tanah.

Iklan

Dalam pada itu, belon udara panas itu terapung kira-kira satu batu timur dari tempat kejadian, di mana ia mendarat di sebuah padang.

Kejadian ini juga menyebabkan sebahagian parit dilaporkan terbakar dan segera dipadamkan pasukan Jabatan Bomba Rochester. - Agensi

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!