CGT: Kerajaan unjur hasil tambahan RM800 juta
Iklan
Lim Hui Ying
KUALA LUMPUR - Kerajaan mengunjurkan tambahan hasil kira-kira RM800 juta setahun melalui pelaksanaan Cukai Keuntungan Modal (CGT) yang mula dikuatkuasakan awal bulan ini.
Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, unjuran itu dibuat berdasarkan trend pindah milik saham sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Iklan
Iklan
"Hasil perbincangan dengan pemain industri pasaran modal mengenai kesan CGT ke atas agihan keuntungan pemegang unit, kerajaan bersetuju mengecualikan unit amanah daripada CGT mulai Januari tahun ini sehingga 31 Disember 2028.
"Kerajaan turut memberi pengecualian CGT ke atas keuntungan daripada pelupusan aset modal asing oleh unit amanah yang diremitkan ke Malaysia," katanya dalam sidang Dewan Rakyat pada Khamis.
Iklan
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) sama ada pengecualian CGT terhadap unit amanah bakal memberi kesan kepada unjuran hasil pendapatan negara seperti dinyatakan pada November 2023.
Dalam pada itu, Hui Ying yang juga Ahli Parlimen Tanjong turut mengakui pengecualian berkenaan akan memberi kesan pengurangan unjuran hasil yang bakal diperoleh daripada pelaksanaan CGT.
Iklan
"Kerajaan berpandangan bahawa pengecualian CGT ke atas unit amanah akan membantu melonjakkan prestasi pasaran modal di samping memberi manfaat sepenuhnya kepada lebih 90 peratus pelabur individu yang membuat pelaburan dalam industri berkenaan," katanya.
Menurut Hui Ying, pengecualian berkenaan turut bertujuan memastikan unit amanah kekal sebagai pilihan pelaburan yang menarik dan boleh diakses oleh rakyat.
"Selain itu, ia turut memberi manfaat melalui pulangan yang lebih kepada pelabur individu, di mana kebanyakan mereka terdiri dalam golongan pra dan awal persaraan," ujarnya.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Banjir berulang hingga tiga kali, Anwar arah projek tebatan dipercepat"><meta itemprop="description" content="Kerajaan akan menyalurkan bantuan tambahan kepada mangsa banjir di Kampung Melayu Subang, Shah Alam, selain mempercepat pelaksanaan projek tebatan banjir bagi mengurangkan risiko kejadian sama berulang, laor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara projek yang perlu diberi keutamaan termasuk kerja-kerja pelebaran sungai, pembinaan kolam takungan tambahan serta pengorekan sungai yang kontraknya sudah dimuktamadkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803084/berita/nasional/banjir-berulang-hingga-tiga-kali-anwar-arah-projek-tebatan-banjir-dipercepat
 Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #banjir #banjirkilat #PPS"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T07:11:52.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P60S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt276y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt276y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt276y"></script>