Ramadan lubuk duit pengemis asing
Iklan
Pengemis warga asing (duduk) menjalankan aktiviti meminta sedekah di Bazar Ramadan Jalan Raja Alang Kampong Baru. (Gambar kecil: Harun)
KUALA LUMPUR - Kawasan tumpuan ramai di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Masjid India dan Jalan Raja Alang, Kampong Baru di sini, ibarat ‘lubuk duit mudah’ kepada pengemis warga asing pada bulan Ramadan.
Tinjauan Sinar Harian mendapati kebanyakan peminta sedekah terbabit adalah dalam kalangan warga Rohingya yang rata-rata meraih simpati masyarakat dengan membawa kanak-kanak.