Pavlovic kena tunggu lagi debut bersama Jerman
Iklan
Pavlovic bintang muda Bayern.
PEMAIN tengah Bayern Munich, Aleksandar Pavlovic perlu menunggu sedikit masa lagi untuk penampilan sulungnya bersama pasukan kebangsaan Jerman, kata gergasi Bundesliga tersebut.
Ini jelas kelabnya selepas pemain remaja itu diketepikan daripada aksi persahabatan antarabangsa menentang Perancis dan Belanda akhir bulan ini akibat tonsillitis.
Iklan
Iklan
Pemain berusia 19 tahun itu, yang mengharungi musim sensasi di Bayern sebagai pemain tengah defensif, seorang daripada enam muka baharu yang dinamakan dalam skuad Jerman kendalian Julian Nagelsmann minggu lalu untuk dua perlawanan persahabatan.
Jerman, tuan rumah Euro 2024 bermula pada 14 Jun, bertandang ke Perancis pada 23 Mac sebelum menjadi tuan rumah kepada Belanda tiga hari kemudian, dengan Nagelsmann tidak sabar-sabar untuk menguji pemain dalam usahanya membina semula kekuatan sebenar pasukan sensasi Eropah itu dalam masa kurang daripada 100 hari.
Iklan
Nagelsmann, yang mengambil alih tugas selepas penyingkiran Hansi Flick pada September, mempunyai permulaan yang bercampur-baur dengan kemenangan dan seri semasa Siri Jelajah AS pada Oktober diikuti dua kekalahan berturut-turut di Austria dan di tempat sendiri menentang Turki pada November.
Jerman juga akan menentang Ukraine di Nuremberg pada 3 Jun sebelum menentang Greece di Moenchengladbach empat hari kemudian dalam perlawanan persahabatan terakhir sebelum permulaan Euro 2024.
Iklan
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW"><meta itemprop="description" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW
Di mana sahaja Kelantan beraksi, di situ penyokongnya hadir membanjiri stadium, termasuk di gelanggang lawan, sekali gus menunjukkan kemeriahan penyokong The Red Warriors (TRW) suatu ketika dahulu.
Kenangan tersebut masih segar dalam ingatkan bekas pengurus TRW, Azman Ibrahim yang berharap kemeriahan bola sepak seperti itu dapat dihidupkan semula menerusi perlawanan berkonsepkan pertemuan semula (reunion) antara skuad Ex-Treble dan pilihan Pahang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801505/berita/sukan/kemeriahan-sokongan-kelantan-tinggal-kenangan-ndash-bekas-pengurus-trw
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TRW"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-22T08:48:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gI9n21gsTdQgvMPri/x1080"><meta itemprop="duration" content="P146S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbqcxtu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbqcxtu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbqcxtu"></script>