Tetap harga padi munasabah, beras putih tempatan boleh dijual RM30 sekampit
Iklan
Kebimbangan faktor cuaca menjadikan bekalan BPT menurun dan harga BPI semakin tinggi menjadikan keadaan lebih rumit. - Foto Pesawah
ALOR SETAR - Harga jualan padi yang munasabah boleh ditetapkan untuk memastikan beras putih tempatan (BPT) dapat dijual pada harga RM30 bagi kampit 10 kilogram (kg) di negara ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan bersama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah) dan Pertubuhan Sukarelawan Rakyat Aman (Suara), perkara tersebut boleh dilakukan menerusi langkah kerajaan menaikkan harga lantai pada harga RM1,700 pertan.
Iklan
Iklan
Kata kenyataan itu, mereka juga memohon ehsan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menambahkan jumlah Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) kepada RM200 pertan bagi menampung peningkatan kos pengeluaran padi selain menjaga kebajikan pesawah.
"Kami juga mencadangkan kerajaan membenarkan agensi kerajaan, GLC dan syarikat bumiputera terlibat dalam urusan pengimportan beras supaya beban dan peluang dapat dikongsi bersama.
Iklan
"Kerajaan juga perlu menetapkan kuota khas dan sokongan yang sewajarnya kepada pengilang beras bumiputera dalam mengurus penjualan beras kepada pemborong,” kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, perkara tersebut dipersetujui selepas terlibat dalam sesi libat bersama Pengerusi Task Force (Kluster Makanan) Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal.
Iklan
Tambah kenyataan itu, mereka juga mengalu-alukan dan menyokong keprihatinan Perdana Menteri kepada pesawah yang mengekal semua subsidi input kepada pesawah dan menaikkan SSHP dari RM 360 kepada RM 500.
"Majoriti pesawah berada dalam kumpulan B40 akibat kos pengeluaran padi yang meningkat serta harga padi yang tidak stabil.
"Kebimbangan faktor cuaca menjadikan bekalan BPT menurun dan harga beras putih import (BPI) semakin tinggi menjadikan keadaan lebih rumit.
"Pesawah juga memperakui harga beras perlu dinaikkan atas pelbagai faktor luar dan dalam negara,” kata kenyataan itu.
Dalam menghadapi senario semasa, mereka juga menentang sebarang usaha mengeksploitasi perdagangan beras dengan mengaut keuntungan secara berlebihan.
Menurut kenyataan itu, agensi kerajaan yang diamanahkan di dalam pembangunan produktiviti dan penguatkuasaan padi beras dilihat tidak berkesan dalam menjalankan tugas masing -masing.
Tambah kenyataan itu, pengilang beras bumiputera juga terhimpit dengan persaingan terbuka yang dilakukan secara tidak adil.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT