Keputusan STAM diumum Selasa depan

Iklan
Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2023 akan dikeluarkan pada Selasa depan. Gambar hiasan

PUTRAJAYA - Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2023 akan dikeluarkan pada Selasa depan, ujar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menerusi kenyataan kementerian itu memaklumkan calon boleh memperoleh keputusan peperiksaan STAM daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada tarikh tersebut.

Iklan
Iklan

Keputusan peperiksaan calon persendirian akan dihantar melalui pos atau boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat mendaftar untuk menduduki peperiksaan.

"Di samping itu, calon sekolah dan persendirian juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan melalui kaedah dalam talian di pautan myresultstam.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan STAM," katanya pada Selasa.

Iklan

Menurut KPM, semakan juga boleh dilakukan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan dengan menaip STAM NoKP AngkaGiliran dan hantar ke 15888.

"Kedua-dua sistem ini akan diaktifkan mulai jam 10:00 pagi pada 26 Mac sehingga 6:00 petang 1 April," jelas kementerian itu.

Iklan

Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2023 menyaksikan seramai 4,058 orang calon telah mendaftar di 131 pusat peperiksaan seluruh negara.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!