Indonesia cipta rekod buka puasa terpanjang di tepi pantai

Iklan
Ribuan umat Islam menghadiri majlis berbuka puasa terpanjang di Pantai Losari, Makassar minggu lalu. - Agensi

JAKARTA - Indonesia memahat satu lagi rekod baharu apabila berjaya menganjurkan majlis berbuka puasa terpanjang di negara berkenaan minggu lalu.

Majlis berbuka puasa yang dianjurkan bersama oleh Kedutaan Arab Saudi dan pihak pemerintah Makassar serta Yayasan I-Salam telah diadakan di Pantai Losari, Makassar.

Iklan
Iklan

Beribu-ribu umat Islam menghadiri majlis berbuka puasa sepanjang 2.14 kilometer (km) di tepi pantai itu, sekali gus mendapat pengiktirafan daripada Muzium Rekod Indonesia (MURI).

Pihak pentadbiran MURI menyerahkan anugerah kepada pemerintah daerah Makassar kerana berjaya menganjurkan majlis berbuka puasa terpanjang di negara itu.

Iklan

Pada awalnya, majlis berbuka puasa itu melibatkan jarak 2.5km atau 2,500m. Namun pihak penganjur gagal mencapai sasaran awal yang ditetapkan itu.

Begitupun, barisan ahli jawatankuasa MURI tetap memberikan sijil anugerah kepada pemerintah daerah Makassar apabila jarak 2.14km tetap dianggap rekod berbuka puasa terpanjang di Indonesia.

Iklan

"Terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi dan Datuk Bandar Makassar dan seluruh umat Islam atas pelaksanaan acara ini. Sudah tentu ia membawa kebaikan kepada semua pihak,” ujar Ketua Atase Agama dan Pendidikan Kedutaan Arab Saudi, Syekh Ahmad Al-Hazimi.

Pada tahun lalu, Indonesia telah mencipta rekod 'membentang' meja terpanjang majlis berbuka puasa yang diadakan di Padang, Sumatera Barat dengan dihadiri lebih 8,000 rakyat negara itu. - Agensi

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28