Syor tambah bajet beli aset canggih
Iklan
Teknologi LiDAR dapat mengukur jarak dari objek dengan menggunakan cahaya dan teknologi sebegitu ketika ini juga sudah tersedia di telefon pintar Apple iPhone. (Gambar kecil: Kamal Affandi)
SHAH ALAM - Kerajaan disyor menambah bajet untuk pembelian aset-aset canggih kepada agensi penguat kuasa bagi menangani kegiatan sindiket yang dipercayai menjadikan negara sebagai hab transit pengedaran dadah.
Penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim berkata, aset canggih itu seperti Light Detection and Ranging (LiDAR) dan Long Range Wide Area Network (LoRaWAN) yang boleh meningkatkan lagi kecekapan tugas intipan dan risikan pihak berkuasa.