Model sambilan tikam kekasih disambung reman lima hari

Iklan
Laporan Sinar Harian

KUALA LANGAT - Model sambilan yang diberkas selepas dipercayai menikam kekasihnya sehingga maut di sebuah unit kondominium di Kota Kemuning disambung reman sehingga Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd Nor@Saleh berkata, reman terhadap suspek akan disambung bermula pada Isnin.

Iklan
Iklan

"Suspek yang juga bekas pelajar perubatan itu ditahan reman sebelum ini bagi siasatan lanjut berhubung kejadian.

"Kertas siasatan akan dilengkapkan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Iklan

Pada Isnin, seorang lelaki maut ditikam kekasihnya yang merupakan seorang model sambilan dalam kejadian di sebuah unit kondominium di Kota Kemuning dekat sini.

Difahamkan, punca kejadian dipercayai bermotifkan cemburu serta mangsa yang merupakan jurugambar sambilan itu didakwa curang

Iklan

Suspek yang juga bekas pelajar perubatan itu berjaya diberkas anggota polis di sekitar kawasan Hospital Cyberjaya selepas dipercayai membawa kekasihnya itu ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28