KPM digesa laksana unjuran

Iklan
Laporan muka depan Sinar Ahad. (Gambar kecil: Mohd Azizee)

SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (Kongres) menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk melaksanakan pelan jangka panjang dengan membuat satu unjuran berdasarkan pertumbuhan bandar baharu dan kepadatan bagi melihat kesesuaian pembinaan sekolah baharu.

Setiausaha Agungnya, Mohd Azizee Hasan berkata, langkah berkenaan penting dilaksanakan demi meningkatkan kualiti pembelajaran sekali gus memartabatkan sistem pendidikan negara.

Iklan
Iklan

"Sebaik sahaja KPM dapat mengenal pasti (sekolah yang padat dan kurang pelajar) maka hal itu dapat diatasi dengan menempatkan sebilangan pelajar ke sekolah kurang pelajar.

"Bagaimanapun, kaedah ini mungkin akan menambah beban kepada ibu bapa kerana terpaksa menghantar anak luar daripada kawasan tempat tinggal mereka,” katanya.

Iklan

Dalam pada itu, Mohd Azizee turut menasihatkan para guru yang berkhidmat di sekolah berkepadatan tinggi untuk membuat persediaan dari segi mental kerana tidak mudah mengajar 50 orang murid dalam sesuatu masa.

"Jika ada masalah, guru boleh berbincang dengan pentadbir sekolah,” katanya.

Iklan