Sedia kerjasama dengan negeri pembangkang
Iklan
Nik Nazmi ketika menjadi tetamu Wawancara Eksklusif di Kumpulan Karangkraf, Shah Alam baru-baru ini.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Nik Nazmi Nik Ahmad menegaskan mana-mana negeri termasuk di bawah pentadbiran pembangkang boleh menjalankan aktiviti perlombongan unsur nadir bumi (REE) selagi ia tidak melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan di peringkat persekutuan.
Menurut Ahli Parlimen Setiawangsa itu, antara SOP ditetapkan ialah mewujudkan pusat pemprosesan serta tidak mengeksport sumber mineral tersebut dalam bentuk bahan mentah supaya nilai tambahnya kekal berada di Malaysia.