Buang sofa, peti ais dalam sungai
Iklan
Tong roro yang diletakkan di tebing sungai didapati penuh dan penduduk mendakwa ia tidak diangkut setiap hari menyebabkan sampah dari sungai tidak dapat dikutip.
GEORGE TOWN - Keadaan Sungai Pinang antara 11 sungai di Malaysia dikesan mengandungi bahan kimia paling berbahaya yang boleh memberi risiko penyakit kanser sungguh menyedihkan walaupun Pulau Pinang sebuah negeri yang kaya dengan destinasi pelancongan.
Tinjauan Sinar Ahad di lokasi mendapati air Sungai Pinang berwarna kehijauan dan berbau busuk dipenuhi selut, malah terdapat banyak sampah seperti botol plastik serta beg plastik.