Satu kematian setiap 80 minit
Iklan
Pemeriksaan kenderaan terus dipertingkatkan oleh JPJ bagi meningkatkan kesedaraan orang ramai, seterusnya mengurangkan kemalangan maut di negara ini.
PUTRAJAYA - Jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya direkodkan pada tahun lalu ialah sebanyak 6,443 orang.
Ini bermakna, jika dikira secara purata, jumlah kematian akibat kemalangan setiap hari ialah 18 orang, bersamaan satu kematian setiap 80 minit.