ATM wajar kaji libatkan askar wataniah operasi teras - Raja Muda Perlis
Iklan
ATM melalui Majlis Angkatan Tentera wajar mengkaji dan meneliti semula segala seksyen sedia ada bagi membolehkan penglibatan pasukan simpanan tentera darat dalam operasi teras bersama anggota tetap bagi mengawal sempadan negara.Gambar hiasan
KANGAR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui Majlis Angkatan Tentera wajar mengkaji dan meneliti semula segala seksyen sedia ada bagi membolehkan penglibatan pasukan simpanan tentera darat dalam operasi teras bersama anggota tetap bagi mengawal sempadan negara.
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, Askar Wataniah yang dilatih dan terlibat dalam pelbagai eksesais tempatan dan bilateral bersama anggota tetap mampu melaksanakan tugas dan peranan seperti anggota tetap.
Iklan
Iklan
"Saban tahun negara melahirkan ribuan anggota simpanan dalam Angkatan Tentera Darat, namun sejauh mana penglibatan mereka dibenarkan dalam membantu sebagai pasukan benteng pertahanan kedua negara,” titah baginda.
Baginda bertitah demikian menerusi kenyataan media Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis pada Jumaat selepas berkenan berangkat mengetuai lawatan Program Eksesais Kerajaan Perlis ke Sabah (Eks Perbah) 2024 di perairan Sektor Selatan Timur Laut Sabah pada Khamis.
Iklan
Eks Perbah yang merupakan program tahunan anjuran kerajaan Perlis bersama Rejimen 504 Askar Wataniah, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) serta YTSP mendapat kerjasama padu ATM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pelbagai agensi negeri dan Persekutuan dari Perlis dan Sabah selain pihak swasta.
Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah, menjadi satu kerugian buat negara sekiranya hanya melatih pasukan simpanan tanpa ada sebarang perancangan jangka panjang untuk mengatur gerak mereka membantu mengawal sempadan negara.
Iklan
Baginda yang juga Komander Rejimen 504 Askar Wataniah berpangkalan di Kem Bukit Keteri di sini turut menyarankan keperluan penglibatan Askar Wataniah dalam situasi darurat negara perlu dikaji semula dari semasa ke semasa selain kepelbagaian bentuk latihan bersesuaian dengan jenis atur gerak yang dirancang. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Semua ahli Parlimen termasuk Menteri Kabinet dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa untuk menyatakan pendirian secara terbuka mengenai cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat skandal didakwa membabitkan ‘mafia korporat’ yang turut dikaitkan dengan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.
Gesaan itu dibuat lima Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), Wong Chen (Subang), Hassan Karim (Pasir Gudang), S Kesavan (Sungai Siput), Rodziah Ismail (Ampang) dan Lee Chean Chung (Petaling) Jaya dalam satu sidang akhbar bersama di Parlimen, Kuala Lumpur pada Rabu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785942/berita/nasional/rci-skandal-mafia-korporat-lima-ahli-parlimen-pkr-tuntut-pm-menteri-nyata-pendirian
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.