Syamimia lebih berhati-hati selepas insiden diboikot
Iklan
Syamimia
SHAH ALAM - Pempengaruh media sosial, Syamimia mengakui lebih berhati-hati dalam menghasilkan kandungan selepas 'diboikot' warga maya dan kehilangan hampir setengah juta pengikut di laman TikTok miliknya.
Menurut Syamimia, selain merancang kandungan terlebih dahulu, dia juga menitikberatkan penggunaan ayat dan konteks yang sesuai agar boleh difahami dan diterima orang ramai.
Iklan
Iklan
"Perkara yang lepas sudah berlaku dan saya banyak belajar daripada permasalahan sebelum ini. Saya lebih berhati-hati berkata-kata, membuat perancangan dan selidik sebelum hendak menghasilkan kandungan.
"Kita buat begitu untuk orang terima, kadang-kadang orang tak terima kadang-kadang orang terima juga, walaupun kita bagi input positif masih lagi orang tak suka," katanya.
Iklan
Dia berkata demikian dalam program Interviu siri 06 sempena Hari Wanita yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Khamis.
Program yang membincangkan tajuk 'Influencer’ bentuk jati diri wanita dihoskan Haizir Othman turut menampilkan seorang lagi pempengaruh media sosial, Tun Laila Tun Laila Tun Rafaee.
Iklan
Program Interviu bertajuk 'Influencer’ bentuk jati diri wanita yang dihoskan Haizir Othman (kiri) menampilkan pempengaruh media sosial, Tun Laila (tengah) dan Syamimia di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Khamis. Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABDUL WAHID
Oktober lalu, Syamimia antara pempengaruh media sosial yang mempunyai pengikut ramai dengan jumlah sekitar 1.3 juta orang, namun selepas isu berkait dirinya tular, dia kehilangan hampir setengah juta pengikut.
Meskipun dia telah tampil membuat permohonan maaf menerusi siaran langsung di TikTok pada bulan yang sama, namun rata-rata pengikutnya tetap bertindak untuk ‘unfollow’ kerana berasakan Syamimia tidak prihatin dengan nasib rakyat di Palestin.
Setakat hari ini, jumlah pengikut di TikTok Syamimia berbaki 847,300 orang, manakala di Instagram 315,000 sahaja.
Jelas Syamimia, dia kini hanya mengikut kepada peredaran masa seperti biasa.
"Jadi sekarang saya banyak mengikut keadaan semasa sahaja, gunakan kata-kata yang elok dan cuba kurangkan pertanyaan yang menyentuh sensitiviti. Kini saya buat video macam biasa sahaja," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>