AirAsia X mulakan penerbangan terus ke Kazakhstan
Iklan
Anthony (tengah) pada majlis pelepasan AirAsia X Kuala Lumpur - Almaty di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Khamis. - Foto Kementerian Pengangkutan
AIRASIA X (AAX) yang melebarkan sayapnya ke Asia Tengah melancarkan penerbangan terus pertamanya ke Almaty, Kazakhstan pada Khamis.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, laluan baharu itu bukan sahaja meningkatkan ketersambungan hubungan, malah mengukuhkan ikatan budaya dan ekonomi antara Kazakhstan dan Malaysia.
Iklan
Iklan
"Berikutan dengan kejayaan ini, kita menjangkakan pemulihan yang lebih ketara dalam trafik penumpang untuk 2024, dengan bilangan penumpang antara 93.9 juta hingga 107.1 juta," katanya.
Beliau berkata demikian semasa majlis pelepasan AirAsia X Kuala Lumpur - Almaty di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini pada Khamis.
Iklan
Turut hadir, Duta Kazakhstan ke Malaysia, Bulat Sugurbayev; Pengerusi Capital A, Datuk Kamarudin Meranun dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail.
Anthony berkata, laluan baharu AirAsia X itu menunjukkan kepentingan Asia Tengah, sama ada melibatkan pertukaran dalam bidang pendidikan, pelancongan atau industri halal, dengan Malaysia menjadi rakan kongsi dalam trajektori pertumbuhan rantau itu.
Iklan
"Kami mengharapkan lebih banyak peluang untuk perdagangan, pelancongan dan pelaburan di kedua-dua negara," katanya.
Sementara itu, Kamarudin berkata, pelancaran laluan baharu berkenaan menunjukkan komitmen syarikat penerbangan itu dalam mengukuhkan hubungan ekonomi dan diplomatik antara kedua-dua negara.
Beliau berkata, dengan perdagangan dua hala mencecah berjuta-juta dolar Amerika Syarikat, ia membuka ruang untuk memperluaskan kerjasama, khususnya dalam pelancongan, berikutan Kazakhstan akan menyambut ulang tahun kemerdekaannya yang ke-32.
Sugurbayev dalam pada itu berkata, beliau menantikan impak positif yang akan dibawa oleh industri penerbangan ke kedua-dua negara kerana Malaysia dikenali sebagai destinasi popular bagi warga Kazakhstan.
"Ramai pelancong Kazakhstan ke Malaysia sejak 20 tahun lepas dan saya gembira AirAsia akan membantu warga Kazakhstan mengembara ke seluruh Malaysia," katanya.
AAX akan mengendalikan empat penerbangan seminggu ke Almaty, menawarkan lebih daripada 95,000 tempat duduk setiap tahun, dengan tambang kompetitif bermula daripada RM599 atau AS$169 semua dalam sehala. - Bernama
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>