Arsenal bina surau buat pemain di Stadium Emirates

Iklan
Ruangan untuk solat di Stadium Emirates dirasmikan oleh pemain tengah, Mohamed Elneny. - Foto X/Mohamed ELNeny

ARSENAL telah membina surau di Stadium Emirates mereka untuk membolehkan pemain menunaikan solat.

Ruangan untuk solat telah dirasmi oleh pemain tengah, Mohamed Elneny.

Iklan
Iklan

"Saya sangat berbangga kerana telah membuka ruang solat kami untuk pemain di Stadium Emirates.

"Ruang untuk meditasi dan berdoa ini akan mengubah kehidupan pemain Arsenal pada akan datang.

Iklan

"Saya sangat berterima kasih kepada kakitangan dan semua mereka yang menyumbang kepada merealisasikan projek ini," kata pemain antarabangsa Mesir itu di X.

Arsenal ketika ini berada di puncak Liga Perdana Inggeris ketika berbaki 10 perlawanan. - Stadium Astro/Awani

Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28