Tiada pilih kasih dalam kes anak Mat sabu
Iklan
KUALA LUMPUR - Polis ada membuat permohonan untuk menyegerakan keputusan ujian air kencing anak Menteri Pertahanan, Ahmad Saiful Islam Mohamad yang ditahan kerana disyaki positif ganja dan tiada istilah pilih kasih dalam kes tersebut.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, permohonan itu dibuat kepada Makmal Dadah dan Penyelidikan Jabatan Patologi, Hospital Kuala Lumpur bagi melengkapkan kertas siasatan memandangkan lazimnya untuk mendapatkan keputusan ujian sampel air kencing dari makmal akan memakan masa sebulan ke tiga bulan.