'Projek rahsia' IDF di Gaza
Iklan
Channel 14 di Israel turut memuat naik video tentang projek itu di YouTube pada 17 Februari lalu.
GENTING GAZA - Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dikatakan telah selesai membina jalan baharu yang merentasi utara Genting Gaza.
Projek itu didedahkan menerusi imej satelit yang disahkan oleh BBC setelah IDF memaklumkan mereka cuba menubuhkan 'tapak operasi' bertujuan memudahkan pergerakan anggota tentera dan peralatan ketenteraan Israel.
Gambar satelit menunjukkan perbezaan lokasi pembinaan jalan itu dalam tempoh kira-kira lima bulan.